Sunday, July 26, 2009

Buat Duit Online

Kebanyakan orang di malaysia pada masa kini sudahpun didedahkan kepada teknik buat duit online, ataupun selalu juga di sebut sebagai perniagaan internet.

Masa kini, kita mendengar berita dan juga pengumuman bahawa makin banyak jutawan internet yang mengadakan seminar buat duit yang 'termahal' yang terbaik dan tercepat. Selalunya mereka ini menafikan bahawa mereka terlibat dengan skim cepat kaya, autosurf,MLM (makin banyak yang 'burn' dalam bidang ini...dengan desas-desus khabar mengatakan bahawa syarikat yang berkaitan dengan industri seramik di serbu BNM) , FOrex dan lain-lain lagi lah.

Malas dah nak sebut-sebut...makin banyak orang tertipu pula..kenapalah boleh tertipu sedangkan banyak program perniagaan internet yang sah dan dijamin boleh buat duit. Inilah gara-gara ingin cepat kaya dengan skim buat duit yang dikatakan termurah, terbaik, tercepat,ter'malas...tak payah buat kerja pun.,..pasang dan biarkan...ini akan menarik orang yang malas...

hey..cuba lah kita belajar dari semut....rajin berusaha...kalau malas nak bekerja..mulakan perniagaan internet dan selepas itu nikmati hasilnya..bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...

Jangan ada pemikiran 'pengemis'..kalau tak pandai buat duit online, belajar lah...kalau tak pandai buat web jualan yang mampu menjual...belajar!..kalau tiada duit..cari duit...sebenarnya duit berlambak-lambak kat duit..menunggu orang yang pandai korek duit yang tersembunyi tu...

masalah di sini sebab kebanyakan orang ada penyakit ' fikiran kurang duit'..ataupun fikiran 'buit duit itu susah'...mana ada susah. Kalau pandai teknik dan caranya..senang saja..masalahnya, bila orang mau kaya cepat..dan tidak mahu melabur untuk belajar dan tidak sabar menunggu hasilnya...bersabarlah semasa sedang mengusahakan sesuatu projek tu..jangan nak cepat saja...memang ada teknik cepat but target kita adalah long term...bina perniagaan internet..bukannya sekadar buat duit online semata-mata..ya ini memang penting bos tapiini teknik short term saja=) target nak buat duit secara jangka masa panjang...barulah umph!!


SocialTwist Tell-a-Friend

No comments:

Post a Comment